Thursday 21 August 2014

Pengalaman Kejayaan Seorang Muslim





Alhamdulillah,hari ni nak share lagi satu kisah kejayaan yang saya dapat dari kawan saya. Kisah kejayaan seorang muslim yang percaya kejayaan bermula dari menjaga perkara yang basic atau asas. 

Back to basic.

Sebab tu dalam azan ada seruan " Marilah menuju Kejayaan".





Allahu Akbar.. cerita ni betul2 terkena pada diri sendiri.. 

Kisah benar

12/8/2014


Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di car wash area pekan balakong. Berhentikan kereta,matikan enjin n serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta.. Nepal ke , Myanmar ke aku tak pasti.. Terlihat parking sebelah kereta aku chevrolet mustang( tranformer) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ni dalam harga 400k pada permulaannya..


agaknye ni kot kereta brader tuh,ni i google aje




Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca.. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond , memandangkan cuaca agak panas .. Aku duduk n memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca aku agak buku2 bermotivasi tinggi di tangannya .
Aku bertanya" kereta bos ke tu ?" Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum.." Dari mana bos?" Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke? Consultan jawabnya.. Ooo.. "Consultan untuk untuk pinjaman perniagaan dan pernasihat kepada bank2 di Malaysia ."waww"!! Mesti best jawab hati aku.. 


Saya dah 30 tahun dalam bidang ni.. Katanya. Aku tanya dia.. Mcm mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?? Dia tersenyum n katanya" saya nasihatkan guna apa yg kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank..apa yg ada, besarkan modal.. Saya bermula dari kecil.. Mula ada 10k, kemudian 20k, 60k, 80k, kemudian kepada 100k,200k, 400k dan 800k, cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan .. Paling seronok jika dapat 1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat 1 juta yang ke-2 terlalu mudah n pantas .. Katanya. Aku terdiam..


Ramai orang susah datang berjumpa saya..mereka bertanya apa rahsia saya?? Katanya.. Saya akan berkata" Allah jadikan dunia ini untuk kita.. Kita di kurniakan akal.. Gunakan sebaik mungkin .. Jujur.. Jangan menipu.. Ramai yang tak yakin janji Allah . Sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja n " pasti" akan ditunaikan .


Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya.. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam.. Minta sungguh2.. Pekerja saya bila azan bergema.. Saya arahkan tinggalkan kerja" sekarang". Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu!, Allah panggil kita mengadap dia.. Tapi kadang kala kita cakap " tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi"!! Allah tu pencipta alam semesta.. Kita boleh cakap pulak kat dia mcm tu.. Dammm!! Tersentap aku..




Katanya lagi.. Ramai yang datang minta kerja.. Soalan pertama saya tanya.. Awak solat tak 5 waktu.. Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun .. Jika tak solat.. Saya takan terima. Ada yang datang.. Nak suruh support buat pinjaman.. 100k, 1 juta, 50 juta @ 500 juta saya boleh tolong.. Bagi kertas kerja pada saya.. Saya selidik n sain n recomen pada bank n bank akan luluskan.. Tapi soalan pertama saya tanya dulu.. Awak solat tak 5 waktu?? Jika tidak.. Awak balik saja.. 


Katanya.. Ada yang berkata" abg tu bawak " tranfomer" pergi masjid .. Jika saya bawak kancil je..
Katanya.. Kereta tu milik Allah .. Dia bagi pinjam je tu .. Apa salahya saya bawak dia pergi mengadap Allah .. Hati niat kena betul.. Jangan niat nak menunjuk.. Niatkan nak cepat mengadap Allah , nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha.. Kerata tu saya beli hampir 700k import . Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai . Saya bukan tak mahu ferrari @ lamborgini .. Sebab ekzos dia bising .. Kereta chevrolet mustang ni lagi laju dari ferrari @ lamborgini .. Kereta ni 6.2 hose power.. Ferrari n lamborgini baru 4.8 hose power ...


10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.. Niat apa yg kita ada untuk manfaat pada orang lain.. Kereta tu cuma besi.. Yang diisi enjin .. Tuang minyak.. Start n berjalan lah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur..


Satu lagi pesan saya.. Berkawan kita yang perlu pilih.. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia n yang paling utama.. Akhirat .. Dunia ni pinjaman.. Carilah pinjaman yang terbaikk disini.. Untuk kekayaan sebenar di sana..


Wah hebat giler bila berjumpa somebody..
Insyaallah kata2nya n pengalaman beliau sangat2 membatu aku.. Ke hadapan untuk kebaikan .. Semoga berterusan.
Insyaallah..




BACK TO BASIC

1.  Gunakan apa sahaja modal yang ada di tangan kita. Tidak perlu berhutang untuk berniaga.

2. Jujur dan berdoa

3. Solat fardhu di awal waktu dan tambahan solat sunat dhuha dan tahajud

4. Sedekah

5. Memilih kawan 

6. Luruskan Niat

Alhamdulillah selama saya berada dalam payung grup Jutawan Shaklee,kami sentiasa menitik beratkan amalan kerohanian dalam kehidupan seharian,syukur sangat. Kadang-kadang saya terfikir,ooo patutlah aku belum berjaya kerana perkara-perkara yang asas ni pun masih belum kukuh dan konsisten lagi,apatah lagi tips -tips yang lain.

Bak kata mentor saya, amalan mendidik hati perlu proses yang panjang. Bila saya fikirkan balik,ini kerana hati kita ni dah banyak terpedaya dengan nafsu duniawi semata-mata sedangkan panduan cara hidup yang sebenar dah pun sedia ada beratus tahun dahulu. Kita sahaja yang leka,lalai dan terlalu selesa dengan keadaan kita (sedangkan tidak selesa mana pun)

Jadi mari kita sama2 balik kepada perkara asas yang perlu teguh dan utuh untuk membina kejayaan cemerlang.

Ameen.

Kisah seorang Isteri dan Pengemis


Satu lagi kisah menarik yang saya kongsikan dengan anda semua.

Janganlah kita takbur dan bongkak dengan harta yang Allah pinjamkan kepada kita kerana ianya hanya bersifat sementara sahaja.

Kerana kita semua sama sahaja di mata Allah kecuali amal ibadatnya dan jagalah 3 jenis hubungan ini;

1. Hubungan dengan Allah

2. Hubungan sesama Manusia 

3. Hubungan dengan Alam Sekitar dan Haiwan 

sekadar berkongsi rasa....


KISAH KEAJAIBAN : Seorang ISTRI dan PENGEMIS



Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksu
d hendak memberikan sesuatu.
Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, "Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?".


Rupanya suaminya memiliki karakter berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab, "Tidak usah! usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!" Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.

Pada suatu hari yang naas, perdagangan lelaki itu jatuh bangkrut. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, karena ketidakcocokan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berantakan sehingga terjadilah perceraian.

Tidak lama sesudahnya bekas isteri yang pailit itu menikah lagi dengan seorang pedagang dikota dan hidup berbahagia. Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?". Suaminya menjawab, "Berikan makan pengemis itu!".

Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? apakah engkau menangis karena aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?".

Wanita itu menggeleng halus, lalu berkata dengan nada sedih, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?............ Dia adalah suamiku yang pertama dulu."

Mendengar keterangan isterinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya, "Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?.................. Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".

Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda akan diatas atau di bawah.

Renungan :
"Jangan Bersikap Sombong ketika berada diATAS, tebarkan perbuatan baik dimana - mana maka anda akan menerima balasannya"

Warisan Stokin Koyak



Sejak akhir2 ini banyak sungguh kisah yang di sharing di fb yang menyentap hati saya dan saya konsikan di sini....semoga kisah2 ini akan membuka mata hati kita dan membuka dada kita selapang-lapangnya...

Hidup yang kekal abadi hanya selepas kita mati,justeru itu dunia adalah tempat kita mengumpul saham untuk akhirat sana. Namun ramai yang masih leka dan lalai (termasuk saya sendiri) dalam mengutamakan yang utama.

Semoga kisah ini juga memberi pengajaran buat kita semua.



Warisan Stokin Koyak.
Kisah seorang jutawan yang kini sedang sakit menunggu ajal telah menyuruh dikumpulkan anak-anaknya yang tercinta. Beliau berkata kepada mereka, "Anak-anak ayah, bila ayah sudah tidak ada nanti, ada permintaan ayah kepada kamu semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak, ayah ingin pakai stokin kesayangan ayah kerana banyak kenangan ayah bersama stokin tu, minta stokin itu dipakai bila ayah nak dikafankan nanti."


Akhirnya jutawan itu meninggal dunia. Saat mengurus jenazah dan saat mengkafankan, anak-anaknya minta tuan imam untuk memakaikan stokin yang koyak itu sesuai dengan permintaan terakhir ayahnya. Akan tetapi tuan imam menolaknya, "Maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang dibenarkan dipakai kepada mayat."

Terjadi pula perbalahan antara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin koyak dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di sisi jenazah yang melarangnya. Kerana tidak ada titik temu dipanggilah penasihat keluarga yang juga seorang peguam. Beliau berkata, "Sebelum meninggal dunia, arwah ada memberikan saya surat wasiat, kita bacalah bersama mana tahu ada petunjuk."

Maka dibukalah surat wasiat jutawan tadi buat anak-anaknya yang dipesankan kepada peguam tersebut.

Suratnya bertulis, "Anak-anakku pasti sekarang kamu semua sedang berbalah kerana dilarang memakaikan stokin koyak kepada jenazah ayah. Lihatlah, padahal harta ayah banyak, wang berlimpah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak tapi tidak ada ertinya ketika ayah sudah meninggal. Stokin koyak tu pun tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada kamu semua. Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak tertipu lagi dengan dunia. Salam sayang dari ayah yang ingin melihat kamu semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah."~ 

besarnya Al Wahhab (memberi)


Hari ni saya dapat satu kisah yang di forward kepada saya...kisah ini rasa sungguh dekat dengan saya,buat mereka yang masih mempunyai ibu bapa.Mereka adalah aset kita untuk cemerlang di dunia dan di akhirat. 


Ya,kadang2 kita rasa sempitnya hidup ini,dengan kadar gaji bulanan yang ada,dengan keperluan hidup yang semakin meningkat saban tahun,kadang sungguh sukar untuk kita menghulur kepada ibu ayah kita. Takkan kita nak hulur rm5/rm2 sahaja kan? Rasa malu pun ada,tapi ketahuilah mereka tidak pernah meminta namun tidak menolak jika kita memberi. Memberilah dengan ikhlas...kerana ianya antara pintu rezeki.







Best story. 
Santapan EMOSI..


besarnya Al Wahhab (memberi)
[KISAH BENAR]
Ini cerita benar. Ini cerita petua seorang ayah untuk kebaikan anaknya. Kisah ini sangat dekat dengan diriku. Begini kisahnya:
Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.
”Ada duit? Minta ayah sedikit…”


Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulillah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.


”Emak, ayah asyik minta duit… Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit,” bisik saya kepada emak.
Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar di tebak reaksinya.
”Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.
”5 ringgit?”
Emak mengangguk.


Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 RM…. Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang ’permintaan’ ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengingatkan. 


Akhirnya, saya memang sediakan ’peruntukan’ khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ’ekonomi’ saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap permintaannya dan tetap senyum bila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ’ketajaman’ rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).


Begitu pun, setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap, buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga mula pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
”Nanti, besarlah kereta kamu ni…” ujar ayah senyum.


Apapun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.


”Eh, tak payahlah ayah…” Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.


Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah lagi kereta untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya… Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana ’kekurangan’ atau ’kelebihan’ kami. Tetapi dia memberi kerana Allah… Mencontohi Allah Al Wahhab itu!



Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kita kongsi bersama:
”Kini aku benar-benar faham bahawa ibu-ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenar mereka adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya…”
”Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. Keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibu bapa.”


Baiklah, anda pembaca bagaimana? Inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia ’perniagaan’ yang jarang diperkatakan oleh para korporat. Juga tidak ditulis dalam mana-mana buku perniagaan… Masih mempunyai ibu bapa? Memberilah kepada mereka. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja… Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi

credit: Shakirah Mahamud



**sentap betul bila baca,terkena batang hidung sendiri kan, apa-apa pun buatlah baik terhadap ibu bapa kita...selagi kita dan mereka masih ada....anugerah yang tidak ada tolok bandingnya.

Mereka lah yang paling menyokong kuat di belakang kita dan orang yang PASTI ada tiap kali kita jatuh.....




Sunday 17 August 2014

Misteri Suami Isteri


Salam Penuh Ingatan....

Alhamdulillah...terbaca artikel ni tadi kat fb brado kapak...nice sharing...gurauan untuk suami isteri,best sangat memang betul tau perkara2 macam ni terjadi..hahahahaha....nanti saya share tapi cuba anda baca dulu artikel ni...


Kisah Suami Isteri
---------------------------

Misteri orang perempuan.

Lepas mandi, aku check dalam almari, nak cari baju pagoda, atau baju kungfu, atau baju panas ( T-shirt nipis warna putih) tapi nampaknya tiada stok dalam lipatan, aku ada 5 helai baju ni, bermakna mungkin berada dalam bakul baju sebelum di basuh, atau mungkin berada dalam mesin basuh, atau mungkin berada dalam bakul baju yang sudah dibasuh belum dijemur, atau mungkin ada di ampaian, atau mungkin ada dalam bakul baju yang baru di angkat.

Bini yang sedang memasak ditanya aku:

“Kat mana baju panas abang?”

“Dalam bakul baju bilik depan, saya belum sempat nak lipat”

Aku pergi bilik depan, ada 2 bakul baju, satu bakul baju orang dewasa, (baju kami laki bini) satu bakul baju anak anak, (ada 5 anak) akupun selongkar cari baju panas aku dalam bakul baju orang dewasa tapi tak jumpa. Cara cari lihat kain warna putih, tapi bila tarik, bukan baju panas tu.

“mungkin termasuk dalam bakul baju anak-anak”

Bisik aku yang mula rasa panas, lantas akupun selongkar pulak cari baju panas dalam bakul baju kanak kanak, lagilah tak jumpanya!.

Aku yang sudah panas! Lalu jerit:

“Takdepun abang cari dalam bakul, atau awak belum basuh!?”

Bini kecilkan api dapur dan datang dengan gaya larian macam jogging siap dengan gerak perlahan sambil berkata:

“ye, cik abang, salah saya cik abang cari baju tak jumpa”

Aku nak tergelak tengok bini buat lawak yang mengingatkan aku pada babak suri rumah jepun yang setia. Tapi aku dengan ego lelaki, langsung tak senyum dengan lawak bini malah siap murka lagi:

“Abang cari dalam kedua dua bakul tak ada pun, jika tak ada cakap tak ada, tak payah susah susah abang nak cari!”

Bini dengan senyuman yang masih belum berhenti terus seluk tangan dalam bakul baju orang dewasa, keluarkan baju panas sambil berkata:

“ini baju abang, saya sambung memasak ye bang!”

Arghh, dulu jika barang hilang, bini cari terus jumpa, hari ni baju pun sama, sekali seluk dah jumpa?

Misteri sungguh orang perempuan ni, bela jin ke apa? Woha!

credit fb: brado kapak

Suami ct ada beli seluar baru dan ct simpan dalam almari macam biasa la.....pagi semalam dia tanya mane seluar tu,ct cakaplah ada dalam almari tu,dia pun cari lah macam habis 2 kali dia cari tak jumpa,ct tengok je,pastu ct pun terus tolong dia cari...jumpa ja...pelik kan? Misteri kan?? hahahahahaha...oh suami...saje je tu agaknya..

like us...

like us...
dapatkan info terkini dari kami...

sijil halal

sijil halal

SHAKLEE-THE BEST SUPLLEMENT!

SHAKLEE-THE BEST SUPLLEMENT!

+ NATURAL.SAFE

+ NATURAL.SAFE

saya pengedar sah shaklee(JASIN,MELAKA)

saya pengedar sah shaklee(JASIN,MELAKA)

ALWAYS SAFE.ALWAYS WORKS.ALWAYS GREEN

ALWAYS SAFE.ALWAYS WORKS.ALWAYS GREEN

About Author (Do Not Edit Here!)

Saya SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR Pilihan Anda!

Saya SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR Pilihan Anda!

About Us

Social Share Icons